My Note to dr sheikh muszaphar

Wednesday, October 10, 2007

Sebentar lagi...

Tepat 9.21 seorang lagi rakyat tempatan akan mencipta sejarah..

Kali ini dr sheikh muszaphar akan mencipta sejarah sebagai Angkasawan Malaysia Pertama..
Beliau akan bertolak ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menaiki roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, malam ini.(Bukan Ke bulan ye encik2 dan puan2)

Program Angkasawan Negara itu adalah persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Russia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003. (so x pakai duit malaysia satu sen pun k... Jgn org duk ngata rugi la.. apa la...)

Angkasawan kita dihantar ke angkasa lepas untuk membuat kajian saintifik dalam bidang sains hayat dan perubatan angkasa lepas. Dalam bidang sains hayat, angkasawan akan membuat kajian sel di angkasa yang penting untuk kita mengetahui mengenai sel kanser, mikrob di angkasa dan proses pengkristalan protein di angkasa.

So... Marilah Kita berdoa Dr Sheikh Muszaphar selamat pergi dan selamat kembali....

1 iMPiaN:

Anonymous said...

Congratulations!!to Malaysia's 1st Astronaut...