Adik... cinta sama dia...

Wednesday, October 31, 2007

Xtvt copy paste dr blog nadzeem

1. What is the best nickname that u ever had?
- Adik... Ntah la.. nama tu banyak pulak menaikkan nama aku... N berikut adalah nama penah org panggil aku: Mie, Emi, Remy, Zaimi, Ru, Along)

2. Do you think suicide is the best way?
- hell no

3. Rate your social life from scale 1 to 10.
- 5... just in average i guess

4. Are you in love with someone at the moment?
-yup.. suka benget sama dia sih...

5. Are you missing someone at the moment?
- really... Rindu sesgt sama dia

6. Would you die for the one you love?
-err... no kot... hahaha

7. Do you think love hurts?
- yes xpesially bila memikirkan kejauhan ini dan cemburu antara satu sama lain

8. Whats the best thing about love at first sight?
- selalunya hanya suka pada luaran coz sight just see the outer look not inner look

9. Whats the worst thing about being in love?
- jealous...

10. Will you wait for someone you love?
- yup... still wait untuk dia la nie... kalu x... dh lama aku cari lain.

11. What song best describes your life at this moment?
- Bila terasa rindu... dafi

12. Do you wanna get married?
- not until my age is 35... tp i think i prefer single forever

13. Have you talked to the person you love on the phone?
- yup... t kena tunggu dia call.. dia x bg aku call dia...

14. Do you keep memories or try to forget them?
- some yup n some i hv to forget....

15. Is love always on your side or the opposite way?
- the opposite site kot... byk tul halangan

16. Do you have a gay/lesbian/bisexual friend?
- yes... xde salahnya kawan dengan diaorg... tmbh aku rasa aku lg selesa talk to them than other straight guy yang x penah nak jaga hati langsung...

17. Are you sick of love?
- no lah... love can't never be sick

18. Are you sick of questions on love?
- blum lagi.... hahaha

19. What are you going to do tomorrow?
- hmmm... maybe

20. What do u want so bad right now?
- go to KLIA secepat mungkin... hahaha

21. Do you think money is everything?
- yup... dunia materialistik skrg... semua benda pakai duit

22. What song are you listening right now?
- Ku Mahu... Siti Nurhaliza... i mean Dato' Siti Nurhaliza

23. Whats the song that u last downloaded ?
- Ku Mahu....

24 : How much do you love music?
- music symbolize my emotion

25. Have u written ur own song?
- not the melody but the lyric... talking about lyric... script aku wat utk choral speaking penah buat group aku jadi johan... bangga gila... BI lak tu... hahaha

26. What's the movie that you last watched?
- Iron Ladies... (terlambat tgk... kwn aku la yg download nie... lawak gak)

27. Do you believe in forever?
- nope... everything hv to hv an end

28. What's the last words you want to say to your loved one?
- aku mungkin bukan yang terbaik tapi akan ku pastikan segala yang ku usahakan adalah yang terbaik buat mu

FAsa pertama EXAM dh hbs

Alhamdullillah
Fasa pertama final aku dh selesai (blh pulak ada fasa2 ek).
Ada yang boleh buat n ada yang aku rasa cukup makan je.
Sekarang ada gap seminggu..
Ada dua paper lagi yang tinggal..
N hbs je suma paper aku nak terbang terus ke klia n meet my luv one there....

Transkrip Berita Bernama: Temubual Radio24 Dengan Angkasawan Negara

Tuesday, October 30, 2007


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor kini berada di Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin di Star City, Moscow untuk pemeriksaan dan kajian lanjut selepas kembali ke Bumi dari angkasa lepas Ahad lepas.

Dalam temubualnya kira-kira 49 minit bersama juruhebah Radio24, Nizal Mohamed hari ini, beliau menceritakan pelbagai pengalaman dan perasaannya ketika berada di angkasa lepas.

Berikut ialah petikan temubual itu:

R24: Berapa lamakah Dr Sheikh akan berada di Star City?

SMS: Setiap angkawasan yang pulang dari angkasa lepas akan menjalani ujian perubatan sebelum dilepaskan dan saya akan dikuarantinkan selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.

R24: Kami difahamkan antara tiga angkasawan yang telah kembali Dr Sheikh Muszaphar merupakan yang paling sihat?

SMS: Alhamdulilah. Saya berasa begitu bersyukur kerana tidak mengalami masalah langsung apabila berada di angkasa lepas dan saya berasa ini adalah kerana doa dan sembahyang hajat yang dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa begitu tenang berada di angkasa lepas dan tidak rasa pening, muntah atau kesan sampingan lain. Semasa mendarat di Kazakhstan saya boleh berjalan dengan serta merta dan ia tidak menjadi masalah kepada saya. Alhamdulilah.

R24: Saya mendapati Sheikh merupakan orang yang paling konsisten dari segi keceriaan, tenaga dan semangat, di mana datangnya semangat itu?

SMS: Saya telah bermimpi untuk menjadi angkasawan sejak saya berumur 10 tahun dan saya berasa ini adalah satu impian saya yang sudah menjadi kenyataan. Dan ini bukan sahaja impian saya malahan impian seluruh rakyat Malaysia. Saya berasa amat berbangga dapat membawa Jalur Gemilang ke angkasa lepas. Saya juga tidak berasa penat dan risau dan saya begitu fokus apabila berada di angkasa lepas.

R24: Apabila sampai ke Baikonor belum lagi ditentukan siapa yang akan pergi dan akhirnya nama anda disebut bagaimana perasaan anda ketika itu?

SMS: Saya tidak terkejut kerana dipilih kerana saya sentiasa bersikap positif dan saya sentiasa yakin pada diri sendiri. Saya berserah kepada qada dan qadar. Pertama sekali saya berasa bersyukur dipilih kerana mandat oleh Perdana Menteri Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara. Saya benar-benar bersyukur dan berjanji apabila kembali nanti saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkawasan untuk menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat, kepada pelajar dan kaum belia Malaysia.

R24: Saat-saat untuk mendekati Soyuz TMA11 berlepas, bagaimana perasaan anda?

SMS: Saya tidak berasa khuatir atau bimbang. Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan saya lebih tenang dan dapat tidur dengan baik. Sebelum pelancaran saya memperbanyakkan zikir dan baca ayat al-Quran untuk memberi keyakinan.

R24: Seorang wakil Rusia mengatakan antara ketiga-tiga angkasawan kelihatannya Dr Sheikh Muszaphar paling tenang, ceria dan menyakinkan kerana sebelum masuk senyum malahan ketika menaiki tangga pun senyum.

SMS: Apabila anda tahu impian anda begitu hampir untuk menjadi kenyataan tidak ada masalah langsung dalam fikiran. Apa yang paling penting ialah untuk merealisasikan impian dan untuk pergi ke angkasa lepas. Ini merupakan fokus saya selama setahun dan selama itulah saya rasa lebih tenang dan yakin.

R24: Masuk sahaja ke dalam Soyuz TMA11 bila berlakunya pelepasan itu, bagaimana pengalaman anda?

SMS: Saya agak terkejut kerana pelancaran selama 8 minit 48 saat begitu smooth tapi rasa panjang, seolah-olah ia mengambil masa yang lama apabila pertama kali saya dapat merasakan mikrograviti iaitu terapung-apung. Segala pena dan buku saya mula terapung.

R24: Bagaimana pengalaman mengelilingi bumi dalam masa sehari?

SMS: Tempat di Soyuz adalah begitu kecil dan kami tidak dapat bergerak dengan banyak dan kami banyak menghabiskan masa berbincang dan saya banyak menghabiskan masa dengan melihat di luar melalui tingkap dengan melihat keindahan dan kebesaran ciptaan Allah dan ia memberi keasyikan dan memberi nikmat kepada saya.

R24: Pasti kalangan umat Islam bertanya kalau berputar sekeliling bumi sehari 16 kali, bagaimana menunaikan tanggungjawab kita?

SMS: Tanggungjawab saya bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi kepada umat Islam seluruh dunia bagaimana untuk bersembahyang dan bagaimana untuk berpuasa dan saya bersyukur kerana sempat berpuasa selama dua hari di angkasa lepas dan tidak menjadi masalah kerana Jakim telah menghasilkan buku cara beribadah di angkasa lepas.

Jadi saya dapat berpuasa dengan begitu tenang dan saya mengikut masa di Kazakhstan untuk berbuka dan bersahur dan kenikmatan berbuka puasa di angkasa lepas adalah sesuatu perkara yang tidak akan saya dilupakan. Ia adalah begitu hebat sekali dan saya berasa begitu lengkap seolah-olah hati saya begitu lengkap pada masa itu. Dan sembahyang juga adalah amat mudah pada saya waktu itu kerana saya dapat betulkan kaki saya pada masa itu untuk rukuk dan sujud, jadi saya telah rekodkan dalam video bagaimana bersembahyang di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi video tersebut bersama dengan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

R24: Kalau 16 kali berpusing ia tetap mengikut waktu Kazakhstan?

SMS: Jakim buat persetujuan bersama seluruh ulama dan mufti seluruh dunia dan mereka membuat keputusan bahawa kami akan ikut waktu solat mengikut waktu di mana kami dilancarkan atau berada iaitu di Kazakhstan.

R24: Pertama kali melihat bumi dari angkasa lepas, apakah sebenarnya tercetus dalam fikiran apabila melihat bumi dari angkasa lepas?

SMS: Apabila saya lihat bumi di angkasa lepas seolah-olah jantung saya berhenti berdegup seketika, saya tidak mengelipkan mata langsung. Perkara pertama yang datang dalam ingatan saya ialah tentang kebesaran Allah dan ini adalah sesuatu yang mengasyikkan dan begitu hebat sekali. Susah untuk saya gambarkan kepada rakyat Malaysia. Saya juga menulis segala perasaan saya dalam sebuah diari kecil di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia.

R24: Kali pertama keluar daripada Soyuz, bagaimanakah perasaan apabila keluar tanpa menggunakan kaki dan melayang ke atas?

SMS: Sebenarnya kita sudah terapung di Soyuz lagi selama dua hari tetapi apabila sampai ke ISS tempat itu adalah begitu besar dan apabila anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya menolak kaki anda sendiri adalah satu perkara yang hebat. Apa yang pelik ialah apabila saya kembali ke bumi saya rasa tangan saya begitu berat apabila ingin mengangkat tangan saya kerana disebabkan oleh graviti. Mereka yang duduk selama enam bulan banyak kesan pada badan mereka.

R24: Pertama kali berbicara dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dan mendengar suara warga Malaysia berbicara dengan Sheikh di angkasa lepas.

SMS: Apabila pertama kali saya mendengar suara rakyat Malaysia di angkasa lepas dan saya rasa seolah-olah satu kehebatan yang amat sangat dan saya berasa seluruh rakyat Malaysia berada di angkasa lepas. Saya berasa bangga ketika berada di angkasa lepas saya dapat berkongsi makanan-makanan Malaysia dan beraya bersama astronaut yang lain dan berkesempatan mendendangkan lagu-lagu melayu di angkasa lepas. Saya telah memainkan lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang oleh P. Ramlee, Seribu Bintang oleh Alleycats dan juga Sudirman Balik Kampung. Mereka amat menyukai makanan tersebut dan sukakan lagu tersebut. Ia adalah penting untuk membawa budaya kita bukan hanya di ISS tapi juga di seluruh dunia.

R24: Bagaimana perasaan apabila mendengar suara ayah bercakap dalam bahasa Rusia?

SMS: Ayah saya mempelajari bahasa Rusia dan beliau memang seronak bercakap dalam Bahasa Rusia dan saya memahaminya, tetapi ibu saya bercakap dalam Bahasa Malaysia.

R24: Bagaimanakah seorang angkasawan melakukan hal- hal yang sulit seperti pergi ke tandas?

SMS: Sebenarnya bukanlah mudah menjalankan perkara seperti itu kerana segalanya terapung. Jadi anda harus mengstrap kaki anda supaya pergerakan tidak bergerak. Hari pertama dan kedua saya menghadapi masalah kerana tidak biasa, tetapi hari ketiga dan empat segalanya berjalan dengan begitu mudah. Anda juga harus mengetahui apa yang dilalui di angkasa lepas adalah empat kali ganda lebih lama dengan apa yang dilalui di bumi. Memakai baju mengambil masa 10 hingga 15 minit hanya untuk pakai baju dan seluar.

R24: Sempat tak tengok meteorit atau tahi bintang?

SMS: Saya tidak melihat tahi bintang. Saya ingin mengatakan pada semua rakyat Malaysia bahawa bintang dan bulan lebih terang di lihat di angkasa lepas kerana tiada lapisan afmosfera yang mengganggunya dan bintang tak berkelipan apabila dilihat di angkasa lepas.

R24: Prof Dr Abdul Rahman Jamal mengatakan keseluruhan saintis dari NASA termasuk dari Roskosmos, semuanya memuji anda dalam melakukan kerja dengan efisyen dan sempurna.

SMS: Saya mengambil misi ke angkasa lepas ini dengan begitu serius. Bukan sahaja untuk saya bersembang-sembang atau melancong ke angkasa lepas. Bagi saya ia penting untuk membuktikan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan benda-benda seperti ini. Saya juga telah ditugaskan untuk membaiki equipment daripada European Space Agency. Jadi ia adalah satu tanggungjawab yang besar untuk European Space Agency mempercayai angkasawan Malaysia untuk melakukan tugas tersebut. Bagi saya adalah penting untuk membuktikan kepada mereka supaya lebih ramai angkasawan Malaysia dibenarkan ke angkasa lepas sebagai angkasawan, bukan sahaja sebagai pelancong atau berseronok, tetapi lebih serius sebagai angkasawan.

R24: Kebanyakan pengulas NASA meletakkan Sheikh sebagai space flight participant. Bagaimana reaksi Sheikh dalam hal ini?

SMS: Sebenarnya bagi saya ia tidak kira sama ada pihak Amerika memanggil saya sebagai space flight participant. Yang pentingnya saya digelar angkasawan Malaysia oleh seluruh rakyat Malaysia. Rusia telah mengiktiraf saya sebagai cosmonaut researcher. Jadi ia adalah amat penting sekali kerana saya berlatih bersama Rusia. Jadi mereka tahu bagaimana seriusnya kami sebagai angkasawan melalui tugasan tersebut.

Saya berharap selepas ini saya dapat pergi ke angkasa lepas selama enam bulan iaitu jangkamasa yang lebih panjang dan bekerjasama dengan NASA serta membuktikan kami setaraf dengan astronaut mereka. Saya ingin menekankan bahawa latihan di Star City adalah berbeza dengan latihan space tourist di mana mereka hanya mengambil masa enam bulan dan kami berlatih selama setahun. Setiap hari kami mempunyai kelas-kelas teori dan sebagai jadi latihan kami adalah berbeza dengan latihan space tourist.

R24: Bagaimana hubungan dengan astronaut lain selain Peggy Whitson dan Yuri Malenchenko?

SMS: Saya rasa apabila saya dapat membuktikan kepada mereka betapa seriusnya saya mengadakan misi ini dan betapa cekapnya menjalankan equipment dengan baik dan betul, mereka telah mempercayai sebagai profesional astronaut. Malah, mereka telah mengatakan bahawa saya adalah profesional astronaut. Itu adalah amat penting bagi saya. Saya boleh dikatakan agak bebas ketika berada di ISS di mana boleh melakukan apa sahaja di angkasa lepas. Saya tidak perlu meminta izin untuk menekan butang atau menekan apa-apa sahaja, jadi mereka telah beri kepercayaan kepada saya untuk menjalankan segala eksperimen, segala tanggungjawab, segala apa yang saya mahu lakukan di ISS.

R24: Nampaknya anda sangat bersedia, pakaian pun ada Jalur Gemilang dan memakai pakai baju batik?

SMS: Baju batik tersebut adalah sesuatu yang istimewa dan ia bukan sebarang baju batik dan ia telah dibuat khas untuk penjelajahan di angkasa lepas kerana jika anda lihat dengan teliti baju batik tersebut ada lukisan gambar-gambar planet, gambar angkasa, bintang, gambar galaksi dan bulan dan ia adalah baju batik yang begitu unik sekali dan saya membawa kembali baju batik itu semoga saya dapat meletakkan di Arkib Negara supaya seluruh rakyat Malaysia berasa bangga kerana baju batik Malaysia berada di angkasa lepas.

R24: Apakah yang tidak mungkin dapat dilupakan bagi Sheikh ketika berada di ISS?

SMS: Sepuluh hari berada di ISS adalah begitu menakjubkan daripada segi terapung, cara kita makan cara kita sembahyang cara kehidupan seharian adalah begitu berbeza sekali walaupun saya telah kembali ke bumi kadang-kadang apabila say bangun dari tidur saya berasa seolah-olah saya terapung-apung di angkasa lepas.ia adalah sesuatu yang masih tergiang-ngiang, bermain-main di kepala saya sehingga kini ia adalah seolah-olah satu mimpi sampai sekarang.

R24: Apakah sekarang ini anda merasakan demikian juga, terapung-apung?

SMS: Ya, saya masih berasa terapung-apung ketika bercakap di Radio24.

R24: Bagaimana perasaan ketika mula masuk ke atmosfera bumi?

SMS: Jika dibandingkan dengan Soyuz yang lain kami mempunyai masalah teknikal ketika itu dan selama ini hanya 3 Soyuz sahaja sejak tahun 1980 di mana keadaan ini berlaku dan kami telah diputar-putarkan begitu hebat sekali, kami telah dilambung-lambungkan di dalam Soyuz sehingga anda tidak dapat bernafas ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk kembali ke bumi tetapi Alhamdulillah semuanya baik malah semasa kami mendarat di Kazakhstan kami terbabas sejauh 600km dari tempat yang seharusnya kami mendarat.

R24: Dikatakan tidak boleh bernafas, bagaimana keadaan itu?

SMS: As though an elephant is stepping on your chest... ia seolah-olah sesuatu benda yang berat sekali menekan dada anda, anda tidak dapat bernafas dan anda berasa tidak selesa tetapi kami telah diajar bagaimana untuk bernafas kerana yang tertekan itu adalah dada bukan abdomen, jadi latihan tersebut telah menyelamatkan kami untuk sampai ke bumi dengan selamat.

R24: Dalam perjalanan itu, api akan menyala kiri dan kanan bagaimana perasaan Sheikh ketika itu?

SMS: Apabila kami mendarat ke bumi seluruh kapsul Soyuz itu akan terbakar dan keadaan di dalam itu akan panas sekali dan saya dapat melihat api dan malah serbuk-serbuk api memasuki ke dalam soyuz menerusi saluran udara dan asap-asap mula berkepulan di dalam Soyuz tetapi itu adalah sebentar sahaja dan kami telah menutup saluran udara. Pasukan penyelamat telah sampai boleh dikatakan agak cepat dalam masa 25 minit dan dengan cepat membantu kami keluar dari Soyuz.

R24: Apakah harapan setelah kembali ke Malaysia?

SMS: Harapan saya nanti dapat memberikan suntikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada golongan belia, kanak-kanak supaya mereka lebih mendalami bidang sains dan kejuruteraan. Saya berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai angkasawan, lebih ramai saintis, doktor untuk memajukan Malaysia dalam segala aspek lebih-lebih lagi dalam bidang aeroangkasa dan saya juga berharap agar Malaysia dapat menghasilkan roket sendiri untuk membuat pelayaran ke angkasa lepas.

-- BERNAMA

Angin Malam Di Kuala Perlis

Sunday, October 28, 2007

hari ni ntah kenapa kusut sesgt kepala aku nie...
banyak benda yang tiba2 terpikir...
Hingga pada satu ketika tepat jam 8...
aku mengambil keputusan mengambil kunci kereta ku...
Tanpa membicarakan arah tujuan ku kepada housemate ku...
Aku menghidupkan enjin kereta...

Secara jujurnya pada ketika itu aku sendiri tak tahu arah tujuan ku...
Aku hanya merayau tanpa arah tujuan...
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melalui highway...
highway kot la...
tp had laju x mcm highway pun...

Waktu malam di highway tu tiada banyak sgt kereta...
Aku apa lagi menekan minyak hingga aku sendiri x sedar aku telah melepasi mana2 had laju di dunia ni...
hmmm biarlah...
to be honest dengan berbuat demikian aku rasa sedikit lega...

Aku teruskan perjalananku hingga ke akhir lebuh raya tersebut iaitu Kuala Perlis...
Angin yang sejuk membuat aku mengambil keputusan untuk berhenti seketika sambil menikmati angin malam...
Namun melihat keadaan sekeliling ku yang penuh dengan couple membuat aku mengambil keputusan untuk blah sebab keadaan seperti itu bisa menggamit kenangan terindah ku dahulu yang mungkin payah untuk ku nikmati kembali...

Aku memulakan semula perjalanan ku melalui arah jalan yang sama tapi dalam arah bertentangan... tujuannya: balik la.. dh lama sgt aku keluar nie... Buku harus dibuka semula...

Sekian... cerita malam ku... cerita merealesak kekusutan malam...

p/s: Ntah apa2 la aku cerita nie kan??? benda nie pun nak cerita ke... hihihi

Perlu Ke???

Friday, October 26, 2007

Adoi aku menci btl dgn org2 yang suka memaksa nie...
Ade ke undang-undang yang kita kena update blog tiap2 hari...
Gila ke apa...
Bkn semua cerita dalam life kita kena cerita kan...
sometimes something have to keep on us alone isn't it...
As result x de la cerita handeak dicerita dalam blog kan???
So what the point to update blog when u have nothing to talk about...
Juz let me update blog when i need to update not becoz some ask me to...

Second is someone yang marah sebab aku x sapa dia dalam myspace...
Hello...
Why should i greet every people on my myspace...
gile ke apa...
Bkn skit org yang online aku nak sapa...
Beside i got more work to do beside to sapa yhe person who online...
Kalu nak beramah mesra ngan aku juz comment or sent message...
X payah la kata aku ni sombong ke apa...

third org yang cemburu x tentu pasal...
perlu ke cemburu aku kenal ngan ramai org...
ape kes ko nak tahan aku dari kenal dgn org lain...
mengalahkan kekasih aku lak...
kekasih aku pun suh aku berkawan dengan ramai orang...
ni ko yang xde apa2 hubungan ngan aku lagi lak nak menjeles pekebenda...
more worse he is a guy...
huh....

PERLU KE????

Do you know who i am????

Wednesday, October 24, 2007

Me n My Family

Tuesday, October 23, 2007


ni gambar paling latest me n my dearest family masa majlis kawin pak uda aku
see how small i am berbanding adik aku...
padahal dia baru je nak amik pmr..
aduk keciknya aku
tp x pe.. lebih cute.. hihih

Anak ikan

Anak ikan...
term yang aku rasa dh imun dengan aku...
actually apa sebenar anak ikan ye...
setahu aku anak ikan mean anak kepada ikan.. wakaka
no lah.. anak ikan adalah remaja yang ada hubungan ngan orang yang lebih tua daripada dia...
betul ke...
Kalu macam tu betul la kot...

Sbb kebanyakan gf n "bf" aku sumanya terdiri daripada org yang lebih tua kot
sbb tu gelaran tu selalu aku dapat..
hmm anak ikan.. sedap gak kan...
hihihi

hmm.. sebenarnya xde mende sgt pun nak ckp...
tunggukan lps nie aku nak membicara soal gangguan akibat cute...
ntah dari mana aku cute pun x tau... hihihi

Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Saturday, October 20, 2007




Aku rasa aku masih lagi dalam situasi tidak dapat menerima hakikat...
Tidak dapat menerima hakikat yang si dia terpaksa pergi jauh meninggalkan ku di sini demi masa depan ku dengan dia.
Mana mungkin ku dapat lupakan semua ini dengan sekelip mata,
Dia pergi ketika cintaku mula mekar kembali setelah mula dingin suatu ketika dahulu.
Dia pergi ketika aku memerlukan dirinya.
Dia pergi ketika aku tidak boleh jauh walau sesaat darinya.
Namun kenapalah aku masih tidak dapat menerima hakikat yang dia pergi untuk mengejarkan impiannya dan aku masih di sini untuk memastikan impianku akan tercapai kelak.
aduh aku terlalu merindui dia.
Jika tidak masakan aku sanggup berulang alik dari arau ke nilai untuk pastikan ku dapat melihat wajahnya.
Aduh sampai bila aku dapat menerima hakikat ini.
Oh tuhan kuatkan hatiku untuk menjali hidupku kini tanpa dia di sisiku...


Mungkin by Anuar Zain




Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

Tagged: anak jantan mana leh nangis

Friday, October 19, 2007

Oleh kerana aku telah di tag oleh mr green.. jadi terpaksalah aku membuatnya....
tp yang den x puas hati dia kata tag ini untuk para diva... bila masa lak aku diva oi... tp x pa aku still akan buat... tp pergh 38 soklan tu.... masak nie....

ok lah.. kita mulakan...

1. Name one person who made you laugh last night?
Tasha... Biasalah... my youngest sista tu mmg kdg2 ntah apa2...

2. What were you doing at 0800?
doing my report

3. What were you doing 30 minutes ago?
write n read forum @ mcmada.com

4. What happened to you in 2006?
biasa je... juz my luv time tu kembang kuncuk kebang kuncup... n time tu aku kaya skit la dgn mcm2 kerja part time aku buat.. tp tu dulu... skrg miskin gilaz nie...

5. What was the last thing you said out loud?
jerit kat housemate aku.. pergh 2 minggu lps.. dh lama x menjerit rupanya

6. How many beverages did you have today?
air kosong ngan pepsi (sbb faizal tahir duta dia n siti bekas duta dia.. blh???)

7. What color is your hairbrush?
brown

8. What was the last thing you paid for?
tol... balik sini naik highway.. kena la byr tol...

9. Where were you last night?
kat umah sewa...

10. What color is your front door?
black n gold...

11. Where do you keep your change?
pocket... tp sllnya atas lantai

12. What’s the weather like today?
So hot.

13. What’s the best ice-cream flavor?
rainbow... mcm2 ada.

14. What excites you?
jumpa ngan my love... rindu banget...

15. Do you want to cut your hair?
wish nak simpan tp bila panjang jg curly 2 malas nk rmbt panjang.. so selalu la cut my hair

16. Are you over the age of 25?
nope... muda lagi... 21 tahun 10 bulan

17. Do you talk a lot?
tgk pada sapa aku ckp.. kalu org tua n my relative sll aku org paling diam. tp kalu ngan org yang sama baya ngan aku.. aku paling byk ckp...

18. Do you watch the O.C.?
yup.. tp for 1st 2 season

19. Do you know anyone named Steven?
emmhhh... x de la pulak... steven spielberg consider????

20. Do you make up your own words?
ntah la... sll kot...

21. Are you a jealous person?
mmg... kalu x.. x delah turun naik hubungan aku ngan my love

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Arman

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kerol

24. Who’s the first person on your received call list?
Me Lov3

25. What does the last text message you received say?
Ayg atas keta otw nak gi kerja...

26. Do you chew on your straw?
yup... hihih

27. Do you have curly hair?
yup..

28. Where’s the next place you’re going to?
meet my friend i guess

29. Who’s the rudest person in your life?
My own uncle.... coz he make my mum cry... wish he die!!!

30. What was the last thing you ate?
KayEpC

31. Will you get married in the future?
ntah... to much commitment...

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
x sempat nk tgk apa2...

33. Is there anyone you like right now?
my love la...

34. When was the last time you did the dishes?
baru td... kena la basuh duk kat rumah sewa

35. Are you currently depressed?
dalam hati ye.. tp in my muka x nmpk...

36. Did you cry today?
anak jantan mana leh nangis

37. Why did you answer and post this?
Green paksa aku... dia kata nak rogol aku kalu x wat (fitnah semata2 nie)

38. Tag 5 people who would do this survey.
suma green dh amik...
x palah utk kawan aku sorg nie la
qayum n dien...

kembali bersiaran

Hai suma....
aku kembali bersiran setelah kembali bercuti sempena raya selama seminggu.. nantikan kemunculan ku... hihihi...

nanti aku up gambar aku time raya...
n apa lah kan... tp sebelum tu aku nak buat tag mr green dulu tp kat nest post la... x nak berserabut.. daaaa.....

My Note to dr sheikh muszaphar

Wednesday, October 10, 2007

Sebentar lagi...

Tepat 9.21 seorang lagi rakyat tempatan akan mencipta sejarah..

Kali ini dr sheikh muszaphar akan mencipta sejarah sebagai Angkasawan Malaysia Pertama..
Beliau akan bertolak ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menaiki roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, malam ini.(Bukan Ke bulan ye encik2 dan puan2)

Program Angkasawan Negara itu adalah persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Russia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003. (so x pakai duit malaysia satu sen pun k... Jgn org duk ngata rugi la.. apa la...)

Angkasawan kita dihantar ke angkasa lepas untuk membuat kajian saintifik dalam bidang sains hayat dan perubatan angkasa lepas. Dalam bidang sains hayat, angkasawan akan membuat kajian sel di angkasa yang penting untuk kita mengetahui mengenai sel kanser, mikrob di angkasa dan proses pengkristalan protein di angkasa.

So... Marilah Kita berdoa Dr Sheikh Muszaphar selamat pergi dan selamat kembali....

Gemuruh by Faizal OIAM (spesial dedicated to dr sheikh muszaphar)



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Biodata Dr. Sheikh Muszaphar Shukor




Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
(born Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha on July 27, 1972 is a Malaysian medical doctor and is scheduled to be the first Malaysian to go into space when he is launched to the aboard Soyuz TMA-11 on October 10, 2007. Shukor is flying as a spaceflight participant under an agreement with Russia through the Angkasawan program, and will return to Earth with the Expedition 15 crew members, Fyodor Yurchikhin and Oleg Kotov after nine days aboard the station.

Career

Shukor was born in Kuala Lumpur, Malaysia, and attended high school at Maktab Rendah Sains MARA in Muar. Shukor then went on to obtain a Bachelor of Medicine and Surgery degree from Kasturba Medical College, Manipal.Shukor is an orthopedic physician, and a university lecturer in medicine at the Universiti Kebangsaan Malaysia.In 1998, Shukor worked at Hospital Seremban, followed by a move to Kuala Lumpur General Hospital in 1999, and was on staff at Hospital Selayang from 2000 through 2001.Shukor is also a part-time model.

Angkasawan program

Shukor and three other finalists were selected at the beginning of 2006 for the Malaysian Angkasawan spaceflight program. After completing initial training at Star City in Russia, Sheikh Muszaphar and Faiz Khaleed were selected to undergo an 18-month training program in Russia, at the end of which Shukor was chosen as the prime crew member, while Faiz Khaleed would serve as back-up. Following the final medical tests and training examinations, on September 17, it was officially announced that Shukor would be flying with Expedition 16.

During a NASA news conference with the Expedition 16 crew on July 23, 2007, and news conferences following his selection, Shukor said he hoped to be able to take various live cell cultures to study during his flight.

Spaceflight and religion

Since Shukor is a Muslim, and his time in space will coincide with the last part of Ramadan, the Islamic National Fatwa Council drew up the first comprehensive guidebook for Muslims in space. The 18-page guidebook is titled "Guidelines for Performing Islamic Rites (Ibadah at the International Space Station"), and details issues such as how to pray in a low-gravity environment, how to locate Mecca from the ISS, how to determine prayer times, and issues surrounding fasting. The orbit of the ISS results in one day/night cycle every 90 minutes, so the issues of fasting during Ramadan are also addressed. The guidebook will be translated into Russian, Arabic, and English.Ramadan began on September 13, 2007, and continues through about October 13, 2007, meaning Shukor will spend the last four days of Ramadan in space.Anan C. Mohd, from Malaysia's Department of Islamic Development said that fasting while traveling is optional, so Shukor could choose what he would like to do, but if he did decide to fast in space, the times would be centered around local time in Baikonur, where the launch takes place.

Source: Wikipedia

Malaysia's 1st astronaut prepares for blastoff




(Kyodo) _ Malaysia's first astronaut vowed to pray and fast in space in accordance with Muslim tradition as he prepared to blast off toward the International Space Station later Wednesday.

Sheikh Muszaphar Shukor's impending journey into outer space has thrown the entire nation into space fever.

Already hailed as a hero, the 35-year-old orthopedic surgeon's face adorned the front page of almost every newspaper, with each devoting several pages to the space mission including special pullouts.

Television networks plan live broadcasts of Muszaphar's launch into space on board the Russian Soyuz TMA-11 spacecraft from Kazakhstan's Baikonur cosmodrome at 9.21 p.m. (1321 GMT). Blasting off together with Muszaphar are Russian cosmonaut Yuri Malenchenko and U.S. astronaut Peggy Whitson.

"I congratulate him and I am very happy that one of our men has been chosen to join this special mission," Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said.

Malaysia's leader, joined by hundreds of schoolchildren, will be following the historic event from a giant screen erected in the capital.
ADVERTISEMENT

Muszaphar beat 11,000 other Malaysians to be the country's first "angkasawan," the Malay word for astronaut. He will spend 10 days in space.

As the launch falls during Ramadan when Muslims abstain from food and drink from sunrise to sunset, Muszaphar said in his Internet blog Tuesday, "I definitely would be praying and fasting in space.

"I am not sure how it would be done but will share my experiences to all the Muslims all over the world when I get back. After all, Islam is a way of life and I am quite sure I would not face much difficulties."

Muszaphar may not be the first Muslim in space, but since Malaysia's space program was launched in 2003, the government has been exploring the issue of life in space for Muslims.

Renowned local and international Islamic scholars have been consulted and a 20-page guidebook for Muslim astronauts was issued recently dealing with topics like how to pray in space and edicts on fasting and halal food.

As Muslims are required to pray five times a day facing towards Mecca, that will be tricky in a space station that circles the Earth 16 times a day.

Malaysian religious authorities gave permission for Muszaphar to skip the fast, saying he could make up for it when he returns to Earth.

Muszaphar will bring with him vacuum-packed Malay food like satay or skewered chicken, fermented soybean cake and traditional cookies.

He plans to throw an Eid Al Fitr party in space to mark the end of Ramadan, which falls this Saturday in Malaysia.

"Space is all about sharing culture and tradition where cosmonauts from all over the world would gather and conduct experiments as a whole. I am hoping to introduce Malaysian culture and tradition to the whole world since we will be viewed by millions from earth," Muszaphar said.

The Malaysian space program is a tradeoff to Malaysia's $900 million purchase of 18 Russian Sukhoi Su-30 MKM fighter jets in 2003.

Source: Kyodo News

Selamat Hari Raya

Friday, October 05, 2007

Get Your Graphic Here

Will Be @ Kelantan Until 3rd Raya...
So Mintak Maaf Banyak2 Kalu ada salah k...

Kebahagian Dalam Kekalutan

Tuesday, October 02, 2007


Tanda Cinta AKu dan Dia yang tertulis "I Love You Forever"


Minggu ini adalah minggu yang boleh dikatakan minggu paling sibukku dalam tahun ini...
Setakat ini dah 40 jam aku tidak tidur demi untuk menyiapkan segala kerja yang perlu disubmit...
Antara kerja yang perlu dibereskan dalam minggu ini adalah
  • E-Commerce: Compuland: Sistem & Report
  • TechnoPreneurship: Presenation dan siapkan blueprint
  • IT Project MAnagement: Project Plan Report
  • Project Paper/Tesis: Project Proposal Presentation(Berjaya dengan cemerlang)
  • Semua kerja2 berkaitan..
Sememangnya aku kurang rehat...

Tapi ini aku macam seolah-olah tidak memikirkan soal penat selepas aku memperoleh suatu yang aku rindu sesangat. Me Love hari ini telefon aku masa aku penat sesangat. Mulanya aku tak perasan no sapa sebab dia guna no telefon pejabat sebab dia baru je kerja kat company baru (as Manager). Tapi bila aku dengar suara dia bagaikan semua keletihan aku hilang. Suara yang aku rindu sesangat. Tahu-tahu sajalah.. Aku di Arau belajar dan dia di Kuala Lumpur bekerja.. Lama sangat aku tak jumpa dengan dia..

I really miss that voice so much...

Tapi dia telefon sekejap saja sebab masa dia telefon dia terima panggilan dari handphone dia.
Nak tak nak aku perlu hentikan perbualan antara kami. Tapi yang aku sedih aku tak sempat nak mengucapkan I Love You pada akhir panggilan tersebut.

Cakap pasal dia teringat pulak dekat anak-anak dia (bakal anak tiri aku.. hihihi). Lama jugak diaorang tak jumpa dengan Pak Cik Mie diaorang nie... Aku pun lama tak jumpa dengan diaorang.

How to say I Luv U in 100 language

Monday, October 01, 2007

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bengali - Ami tomake bhalobashi (pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cherokee - Tsi ge yu i (Thanks Nancy!)
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Elvish - Amin mela lle (from The Lord of The Rings, by J.R.R. Tolkien)
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik h? fan dy
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe Hebrew (Thanks Lilach)
Hebrew to male: "ani ohev otcha" (said by male) "Ohevet ot'cha" (said by female)
Hebrew to female: "ani ohev otach" (said by male) "ohevet Otach" (said by female)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek(Thanks D??)
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Luxembourgeois - Ech hun dech g?
Macedonian - Te Sakam
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Maltese - Inhobbok Mandarin
Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb DiSurinam - Mi lobi joe
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

(I LuV U E)