Bukan sahaja lelaki tertarik pada tubuh badan wanita, wanita juga tertarik pada tubuh badan lelaki. Sebagai isteri, tubuh badan suami juga dapat menarik perhatian dan membangkitkan rasa ghairah, dan ini berguna bagi memberi kepuasan dan kebahagian suami isteri. Menurut Imbang Jaya (1950) dalam buku Syurga Beristeri, bahagian-bahagian tubuh itu ialah:
1. Pinggul
Pinggul suami yang pada berisi serta kukuh dianggap amat menarik. Ia melambangkan kukuhnya urat-urat yang berada dalam pinggul itu dan ini membawa erti kekuatan yang bakal membawa wanita ke alam kepuasan.
2. Bahu dan Dada
Dada yang bidang membusung serta bahu yang sederhana adalah lambang keberahian bagi wanita kerana dada dan bahu itu bakal bergeseran dengan tubuh, dada dan payudara wanita.
3. Pinggang
Ada wanita yang berahi dan gemarkan lelaki yang berpinggang besar, dan ada pula yang gemarkan lelaki berpinggang kecil. Wanita yang gemarkan suami berpinggang besar menimbangkan perihal keempukan gerak goyang pinggang itu ketika jimak. Malah ada yang suka jika suaminya berperut buncit kerana memikirkan bahawa perut yang penuh lemak dan daging yang empuk itu bakal menyejukkan perasaannya tatkala perut suaminya bertemu perutnya. Wanita yang sukakan suami yang berpinggang ramping berpendapat bahawa pinggang tersebut mudah bergerak dan menggoyang.
4. Hidung
Pada sebahagian wanita, lelaki yang berhidung mancung lebih menarik hatinya kerana pada pipi wanita terdapat bahagian yang menghendaki hidung dibenamkan padanya, memberi ciuman yang dasyat dan memuaskan wanita. Walaupun begitu, ada juga wanita yang yang tidak suka kepada suami yang berhidung mancung.
5. Lidah
Wanita lebih gemar lelaki yang berlidah lonjong panjang kerana ia mampu menerokai langit-langit wanita, mengawal seluruh isi mulut dan ini bakal membangkitkan nafsu yang sangat hebat pada wanita.
6. Bibir
Lelaki yang nipis bibirnya disukai oleh wanita kerana bibir yang nipis membawa rasa yang lembut nyaman, punca kesedapan bagi wanita.
7. Zakar
Secara umumnya zakar terbahagi kepada 2 jenis. Yang besat tetapi pendek dan yang sederhana tetapi panjang. Zakar yang besar dan sekaligus panjang jarang ditemui, walaupun inilah yang diharapkan oleh sebahagian wanita. Dikatakan biasanya zakar yang besar dan pendek itu lemah dan yang kecil tetapi panjang itu kuat. Namun kuat atau lemahnya zakar lebih banyak bergantung kepada kesihatan lelaki berkaitan.
Tubuh Lelaki Yg Menghairahkan Perempuan
Sunday, January 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 iMPiaN:
sukeerr sgt entri nihh..
ihik ihik
suke jugak..haha..best..hehe
Post a Comment