Pelik

Friday, November 28, 2008


Aku rasa sering jugak aku nasihat orang supaya tidak menjadi orang ke tiga dalam mana-mana perhubungan pun.namun hakikatnye aku sendiri tidak boleh lari dari menjadi orang ketigamakin dijauhkan makin hendak dekat.sedangkan mulut ini berbuih menasihatkan insan lain.tapi aku tidak mampu menasihatkan diri ini.



jika tidak masakan hari ini aku mati-mati membencinya, namun esok terserlah keinginan aku untuk bersamanya kembali.kenapa tidak sahaja aku tetapkan pendirian bahawa aku seharusnya hanya seorang dalam dirinya atau sahaja aku berundur.bukan tak pernah aku cuba lari.namun pelik makin cepat aku larikan kaki ini, semakin dekat aku kepadanya.seolah-olah aku hanya berlari kepada treadmill. larian yang secara fiziknya tidak berubah kedudukan.
pelik-pelik...


Aku dan Wanita?

Wednesday, November 12, 2008

Kenapa aku benci wanita?

bukanlah niatku untuk membenci seseorang insan bernama perempuan. Malah hatiku pernah terbuka untuk mencintai 3 orang perempuan (bukan pada masa yang sama). Dan sebanyak itulah hati aku terluka dilukai oleh insan bernama perempuan, wanita, girls atau women. Pengalaman lalu sudah cukup untuk mematahkan semangat aku untuk kembali mencintai kaum hawa ini. tak sanggup rasanya untuk aku terluka untuk sekelian kalinya.

Bukan tiada perempuan yang ingin membuka hati ini, namun kehadiran mereka dalam diriku hanya mengharapkan sesuatu yg dinamakan duit. Tiada keikhlasan dalam bercinta. Kenapa perlu mendampingiku untuk wang. aku bukanlah insan yang berwang. itu semua adalah hak milik papa dan akan kekal miliknya..Aku berharap mungkin suatu hari nanti perasaan aku kembali kepada insan yang bernama wanita yang cukup ikhlas mencintai aku seadanya. Menjadi seorang ibu kepada anak-anak ku. seorang yang dapat membantu aku ke jalan yang Benar. namun buat masa kini biarkan aku dengan keadaan aku sekarang. aku selesa begini. hidup tanpa wanita (kecuali keluargaku... aku mengharapkan kehadiran wanita2 tersebut)

Doakan suatu hari nanti aku akan kembali mencintai seorang bernama wanita